Sunday, 25 September 2016

Pepijat Tilam dan Bangking


 Apa itu pepijat tilam?


Pepijat tilam sebenarnya adalah serangga yang tinggal didalam tilam. Juga dikenali sebagai bangking oleh orang sabahan. Pepijat tilam ini adalah kutu tilam yang menghisap darah manusia. Mereka suka tinggal dan membiak di dalam kawasan yang tertutup seperti tilam,bantal,selimut,sofa dan kain. Sebab benda2 ini adalah yang terdekat dengan kita pada waktu malam dan memudahkan mereka untuk mendapatkan makanan.

    Pepijat ni serangga yang kecil dan pantas. Kita tidak akan menyedari kewujudan mereka kerana mereka aktif pada atau dalam keadaan yang gelap. Terutamanya apabila anda tidur dengan mematikan suis lampu. Disana lah mereka akan giat dan aktif berlari2 ke sana sini. Apabila serangga ni mula menggigit atau menghisap darah anda mereka akan mengeluarkan sejenis cecair di mana kita tidak akan sedar mereka sedang menghisap darah kita seperti mana lintah lakukan untuk menghisap darah kita. Anda akan menyedari kulit mula terasa gatal dan kemerahan selepas serangga ini menghisap darah anda.



Cara untuk menghalang pepijat tilam


Ada beberapa cara untuk menghalang serangga ini:

- Jangan gunakan tilam,bantal,selimut atau mana2 benda yang pepijat ini tinggal selama sekurang2nya 2 atau 3 minggu. Sebab ini menyebabkan pepijat kehilangan sumber makanan dan akhirnya akan mati. Seperti harimau mati meninggalkan belang. Pepijat tilam mati meninggalkan kulit.

- Gunakan Spray minyak lavender. Pepijat tilam memang tidak suka dengan bau lavender. Sembur kawasan atau tempat tinggal pepijat dengan minyak lavender. Tetapi hal ini hanya akan membuatkan mereka berhijrah. Sebaiknya hapuskan serangga ini lebih baik daripada menghalaunya kerana besar kemungkinan serangga ini akan kembali. Untuk keselesaan gunakanlah wangian lavender untuk menghalang serangga ni memasuki bilik dan rumah anda.

- Membuang tilam atau benda yang dijadikan tempat tinggal oleh pepijat. Sekiranya tilam ataupun selimut yang digunakan sudah terlalu lama sebaiknya haruslah dibuang kerana ia hanya akan menarik perhatian pepijat tilam. 


Tuesday, 31 May 2016

Cara Convert Format Video Menggunakan VLC Media Player

     Sebenarnya dengan menggunakan VLC Media Player juga mampu menukar ataupun convert file video menjadi format lain ataupun format audio seperti mp3.

berikut adalah tutorial menukar format video


Langkah 1

buka VLC media player dan di atas tab menu sila pilih media dan pilih "convert/save.."



Langkah 2

tekan add untuk menambah file video yang ingin anda convert




Langkah 3 

tekan convert/save 




Langkah 4

sila pilih format video yang anda inginkan pada menu profile


Langkah 5

langkah terakhir ialah menetapkan lokasi file video yang telah diconvert
pilih browse pada pilihan paling bawah dan namakan file yang telah diconvert. selepas itu, tekan start untuk mula convert video




Video anda siap di convert















cara menukar format video
cara menukar format video kepada audio
cara convert video